BLOGGER TEMPLATES AND IMVU Layouts »

Tuesday, July 27, 2010

black mentor



sofea jane

Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri


Seandai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri




p/s
gwa tak tahu la apa kena mengena
lagu ni ngan sofea jane yg cun melencun tu

Wednesday, July 21, 2010

kembalikan subsidi kami

kalian rampas subsidi kami, entah ke
mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita
menuju maju..
kalian kata: jika tidak, semua
menderita, habis harta negara..
kalian berbahasa: bukan barang naik
harga, cuma subsidi turun sahaja..

kami orang desa, mungkin tidak pandai
kira berjuta-juta..
kami orang kecil kota, mungkin tiada
sedemikian harta..
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami
diam selalu..
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang
suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke
sekolah..?
papa semakin parah..? wang semakin
lelah..?
jika semalam berlauk, hari cuma
berkuah..
kerana kerajaan kita sedang susah..?
maka subsidi kita terpaksa diserah..
jika semalam kau makan sepinggan, hari
ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa
makin rapuh..
apa yang dapat dibisik pada anak
berkopiah ke madrasah..?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah
hilang..
jika mereka bertanya siapa yang bawa
lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci
pertiwi..
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen
ini..
atau kami jadi insan curang..
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang
kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang
wang melayang..

dengar sini wahai yang tidak memijak
bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan
kami..
pernahkah kalian ngerti makna derita dan
susah hati..
kami yang semput bagai melukut di kota
kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa
yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung
setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia..
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak..

sedangkan kalian manusia angkasa..
istana permata dibina, kereta berjuta
dirasa..
elaun di serata, dari isteri sehingga
seluruh keluarga..
hidangan istimewa, konon meraya
kemakmuran negara..

tapi kami masih di sini..di teratak
ini..
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam..
dengan rumah yang suram..
dengan wang yang hampir padam..

tiada istana lawa..tiada kereta
berharga..
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri..tiada hidangan
v.i.p..
tiada persen di sana-sini..tiada
bahagian anak dan bini..

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban
negara..
aduhai celaka bahasa yang kalian guna..
kalian yang belasah, kami yang
bersalah..
kalian buat untung, hutang kami
tanggung..
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang
terbang..
kalian bina istana, rumah kami jadi
mangsa..
kalian makan isi, kami dijadikan abdi..

lantas, kalian rampas lagi subsidi..
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib
mengganti buat kami..
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta..
mengapa tambang tidak potong sahaja..
tapi entah berapa kali janji..
konon: nanti kami ganti, kami ganti,
kami ganti..
hari demi hari, ceritanya pun tidak
berbunyi lagi..
kami terus termanggu di sini..
kalian juga yang nikmati..
kami hanya menggigit jari..

kembalikanlah kepada kami harta negara..
jangan hanya kalian sahaja yang merasa..

Sunday, July 4, 2010

Alahai..

tzm turbo gwa mampos dpn kedai toto.

ni kalau orang kampong gwa nampak ni mesti bajet gwa buat trick nak beli nombor ni.

celake.



judi adalah haram

Thursday, July 1, 2010

TZM GWA DAH ADA ROADTAX part2

9am

Awal2 gwa dah tepacak depan balai polis nak wat report. Ada 3 encik polis kat kaunter tengah ambil report. Kat kerusi menunggu ada lagi 7 8 orang tengah tunggu turn nak wat report jugak la kot. Takkan saje2 je nak lepak kat situ. Kalau takde hal baik lepak kat rumah.

Gwa pun klau bukan pasal nak wat report, haram gwa nk jenguk balai ni. Belanja gwa makan 3hari 3mlm pun belum tentu gwa nak saje2 mai round dalam balai. Apatah lagi nak melepak. Org cakap balai polis ni suwey 'Org ckp la,bkn gwa ckp..'

Ramai la pulak hari ni. Biasa2 memang macam ni ke? Patut la muka bapak2 polisi ni tawar kelat je. Langsung takde mesra pelanggan. Deme tu pun dah boring kot, bertahun dah duk wat keje tu je. Hari2 kes yg sama. Ragut, pecah rumah, curi, gaduh, anak lari rumah, motor kena curi, kena tipu, kes2 gitu je la org biasa wat report. Kadang2 tu takdan orang yg nak report tu bukak mulut, pandai2 dia je mengarang. Dah khatam dah. Pejam mata pun buleh setel. Yg orang2 ni pun satu, kalau 1 hari tak buat salah tak boleh ke? Bagi la bapak2 polisi kita ni rest sikit. Berehat dari pikir nak cari orang salah. Berehat tangkap orang. Kalau berehat duk saje2 minum tea tu dah selalu sangat dah. Tp kalau tak tangkap orang polis nak buat keje ape yekk

Kalau gwa tau balai polis ni bukak 24jam, jam 7 tadi lagi gwa dah sampai. Muka2 yg tengah menunggu ni slenge je gwa teng0k. Macam2 pesen ada. memang barai. Gwa je yg smart. Tau le ada problem, kalau takde problem, tak mahunye deme ni nak mai balai pagi2 ni. Baik lepak kedai kena tea ngan nasi lemak ayam.

Ada akak sorang tu gwa tengok sedih semacam je muka. Gwa agak ni mesti kes laki tak balik rumah. Tak pun laki lari ikut minah indon balik indonesia. "Akak..kalau laki akak tak balik umah, akak kena pegi report kat pejabat kadi bukan kat balai polis kak.." Gwa ingat nak sound gitu kat akak tu. Untung2 kalau dia dengar cakap gwa, gwa dah jimat satu turn. tapi,malas la gwa nak campur hal rumahtangga orang ni. Pandai2 akak la kak ye.. Takde kena mengena ngn gwa pun. Akak bukan kakak saya pun.

Ada sorang brader ni muka nak marah je. gwa tau dia saje buat2 muka bekeng. Kononnye nak bagi nampak dia tu garang la. Kerek siyol. "Ala..lu makan nasik, gwa pun makan nasik jgk bro. Lain la kalau lu makan besi.." Klau adik2 gwa ni pg2 dh buat muka berangin gitu, mmg dpt siku la ngn gwa. Tengok pada potongan bodi dan gaya eksen yg konon garang tu gwa rasa mamat ni mesti keje tarik kereta. Macam dah takde keje lain dah nak buat. Keje yg menyusahkan org je dia tau buat. "woi bro! lu pikir gwa takut ngan lu ke?" gwa bukak mata gwa luas2 sambil bercakap dalam hati. Brader tu berpaling tengok gwa, gwa berpaling ke lain.

Kerusi paling hujung ada 3 mat bangla tengah duk bincang apa ntah. 3 tiga rambut belah tepi. Serius je sambil bisik2 macam la orang paham bahasa dia. Agak2 nye tengah meting macamana nak susun ayat la tu. Mat bangla ni gwa bajet mesti kes kena paw. Takpun ada orang nak pukul. Atau pun tokey shell taknak bayar gaji.

Wednesday, June 30, 2010

TZM GWA DH ADA R0ADTAX part1

lebih 2 mgu gwa susah payah turun naik jpj nak setel roadtax ngn tukar nama moto ni. tu belum kira turun naik tangga opis insuran lg. ada la 4 5 opis insuran jgk gwa pegi tp semua ckp tak bleh buat. last2 multipurpose jgk yg sanggup cover motor ni. tu pun 3rd party. motor kalau dah lebih 10 tahun mmg susah sikit insuran nk cover. ngn jpj pun byk jgk songehnye.. dh la roadtax dh 4 tahun mati. motor tu plak ada 3 blacklist.. 1 ngn jpj, 2 ngn trafic. yg saman jpj sbb lari roadblok jpj dpt nombor plat cek2 teng0k roadtax insuran suda mampos.. aduii..penin gwa..duit dh byr moto plak sangkut.. gwa plak beli moto bkn dengan owner, dh 2 3 tangan dh moto tu lompat. brader jpj tu ckp kalau nk buat roadtax kena setel saman dulu. apekehel plak gwa yg nk kena setel? nk cari owner pun satu hal gak. budak yg gwa beli ni pun tak kenal owner. kawtim pnye kawtim,brader jpj tu ckp kalau tak dpt cari owner takpe,saman motor tu kasi tranfer atas i/c owner tp kena pegi balai wat report dulu. kena gi balai wat report la pulakk.. report mengatakan yg motor ni gwa baru jd nk beli. yg sejarah lepas2 motor ni gwa tak tau. lebih kurang gitu la report gwa. brader jpj tu la yg ngajor. gwa peduli hape janji motor gwa setel. nanti si owner tu nk hidup lesen dia kantoi la. padan muka dia..

Tuesday, June 15, 2010

DILUDAH LELAKI BERMISAI

Ada seorang makcik ni berumur 40++. Dia naik bas ekspres dari KL ke Perlis. Tengah perjalanan dia nak berhajat kecil. Tandas tu pulak rosak.'alamak! leceh betullah.. Tadi masa berhenti tadi tak nak kencing.Adohh... malu la pulak nak suruh drebar tu berenti' kata mak cik ni dalam hatinya.Makcik ni duduk seat belakang sekali. Kebetulan tu pulak org tak ramai.Maklumlah... hari isnin, orang kerja. Makcik ni pun balik sebab emergency. 'hadoii,macam mana nak buat ni'Mak cik ni ada idea. Dekat tingkap bas kan ada tingkap kecik. Lepas tu bas tu berlangsir.'alahh kencing je lah ikut tingkap ni'. Hajatnya lepas dengan jayanya...Lepas tu air tu terpercik la sikit2 kat seorang Mat Motor yang tengah syok duk folow angin bas tu. Mamat ni pun angin lah. 'kurang hajar!!!'Sambil memotong bas tu,mamat ni beri arahan berhenti kat drebar bas. Then Mamat ni punnaik dalam bas dan menjerit.'sapa yg #@#@##@% &^ ludah kat luar tadi hahhh !!!! baik korang mengaku!!!'Makcik ni rasa bersalah dan nak minta maaf. Dia pun berdiri.'makcik ni apahal bangun!! duduk!!!'' jerit Mamat ni.'cepat!! ngakulah!!!' kata Mamat ni.Makcik ni bangun lagi. Dia kata 'sebenarnya nak...' Lepas tu terus dipotong percakapan makcik tu.'Makcik diam!', kata Mamat yang kerek tu.'Saya tau orang yang ludah tu lelaki sebab saya nampak dia ada misai ngan janggut' jerit Mamat ni.lalu takde seorang pun ngaku. Mamat ni check tiap lelaki kat dalam bas tu. 'pelik!?!? tak de yang bermisai dan janggut.Dia pun turun dari bas dengan perasaan hairan+marah dan terus blah...

Wednesday, June 2, 2010

gwa beli TZM




ni TZM yg gwa baru beli.. 2nd je.. gwa nak pegi test power jap..

:-kepada mat-mat rempit diluar sana, lu tguuuu...