BLOGGER TEMPLATES AND IMVU Layouts »

Tuesday, May 11, 2010

TIDUR TIDUR AYAM



apa maksud tidur ayam ni sebenarnya?
kalau tidur-tidur ayam maksudnya, tidur separa sedar. kalau tidur ayam?
tidur separa ayam?
atau separa ayam separa tidur? jadi apa?
ntah ler..

kenapa aku susah tidur, ayam pun boleh tidur, padahal dia tak buat apa-apa pun. badan pun tak penat. aku yang punya aktif, kerja mengalahkan buruh kasap ni pun susah nak tidur.
apa akan jadi kalau aku tak tidur 3 hari berturut-turut?
kalau aku tidur 3 hari berturut-turut plak,jadi apa?
ish.. dahla, pening kepala aku. otak aku tengah jem sekarang ni, senak macam disimpul-simpul.. ni baru 2 hari aku tidur-tidur ayam. kalau 3 hari aku tak tidur-tidur? mau nye meletup.. tak pun, putus wayar sorat dua. terus shot.. ke tanjung moktan la jawabnye.. arrggghhhhh!!

Saturday, May 8, 2010

Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah
Surah Pembukaan
Surah (1) - Makkiyah - 7 ayat
( بِسْمِ الّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ( 1
1. Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
( اْلحَمْدُ لّلهِ رَبِّ الْعَاَلمِينَ ( 2
2. Segala puji-pujian terpulang kepada Allah Tuhan yang memelihara
semesta 'alam.
( الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ( 3
3. Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
( مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ( 4
4. Tuhan yang menguasai hari pembalasan.
( إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ( 5
5. Hanya Engkau sahaja (Tuhan) yang kami sembah dan hanya kepada Mu
sahaja kami pohon pertolongan.
( اهدِنَا الصِّرَا َ ط اُلمستَقِيمَ ( 6
6. Tunjukkan kami jalan yang lurus.
( صِرَا َ ط الَّذِينَ َأنعَمتَ عََليهِمْ َ غيرِ اَلمغضُوبِ عََليهِمْ وَ َ لا الضَّالِّينَ ( 7
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan ni'mat ke atas
mereka bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula
jalan orang-orang yang sesat.
Surah Al-Fatihah_____________________________________________________________________
Tafsir Fi Zilalil Quran 2
Setiap orang Islam membaca surah yang pendek dan mengandungi tujuh
ayat ini sekurang-kurangnya tujuh belas kali sehari semalam dan lebih sekali
ganda lagi apabila ia menunaikan solat sunat dan sebanyak-banyaknya tanpa
had apabila dia ingin mengadap Allah dengan solat-solat tambahan selain
dari solat-solat fardhu dan solat-solat sunat.
Setiap solat tidak sah tanpa membaca surah ini. Ini berdasarkan keterangan
hadith al-Bukhari dan Muslim dari Rasulullah S.A.W dari hadith 'Ubadat bin
as-Samit: Sabda Rasulullah SAW:
لاصلاةلمن لايقرأبفاتحةالكتاب
"Tiada solat kepada mereka yang tidak membaca Surah al-Fatihah."
Di dalam surah ini terkandung dasar-dasar 'aqidah dan dasar-dasar
kefahaman Islam, juga dasar-dasar perasaan (terhadap Allah) dan tawajjuh
(berdoa) yang membayangkan sebahagian hikmat mengapa Surah al-Fatihah
dipilih untuk diulang-ulangkan bacaannya dalam setiap raka'at solat dan
hikmat batalnya setiap solat yang tidak dibacakan Surah al-Fatihah.